Sunday 29 July 2012

Anak Arnab Untuk Dijual

Berminat boleh la book... Penghantaran disediakan... Harga sila rujuk post kami sblm ni...
Semuanya adalah anak kacukan Teddy Bear.. Jd bulunya lebat dan tebal... Sila la pilih... :-) Stock yg ada ni kebanyakkannya pattern mcm ni.. Sila nyatakan kod utk pattern ye..



Kod: A 
Color: White+Brown
Breed: Satin+Teddy
Kod: B
Color: Brown
Breed: satin+teddy
Kod: C
Color: Black+White+Gold
Breed: Lion+lop
(SOLD OUT)


Monday 23 July 2012

Satu Keluarga Satu Haiwan @ One Family One Pet

Pada suatu petang yang panas dan lembab, sedang kami berguling-guling membaca surat khabar, terjumpa satu artikel tentang perlunya kanak-kanak memiliki haiwan sebagai teman.. =) Kenapa perlu? Penting ke? Haaa.... Baca ni!



Haiwan Juga Perlukan Kasih Sayang!
Haiwan mempunyai ingatan seperti manusia..
Mereka merasa, sensitif dan perlukan belaian..
Kasih sayang mempengaruhi perkembangan haiwan peliharaan..

Animal rights! @ Hak Haiwan!
  • Tempat Tinggal
  • Makanan dan minuman
  • Bebas dari penyakit dan kesakitan
  • Kasih sayang
  • Bebas melakukan sifat semula jadi
  • Bebas dari tekanan dan ketakutan
Let's Do Something for Our Pets....
We can make it better...



Saturday 21 July 2012

Arnab dalam Rumah: Melatih Arnab Seperti Kucing

Kita slalu tgk, kucing dilatih untuk buang najis dan kencing kat litter box.. Arnab pun boleh tau! Arnab pun mcm kucing, boleh dipelihara dalam rumah.. Ni caranya!! =)
1. Sediakan bekas@litter tray.. Masukkan absorber sand@clay (mcm yg digunakan untuk kucing, kat Pet Shop ada jual) atau pun rumput kering atau kertas lama yang dicarik (surat khabar senang busuk dan kotor, jadi xdigalakkan).. 
2.  Kenalkan arnab dengan bekas tersebut dgn meletakkannya dlm bekas tersebut dan biarkan dia mkn rumput kering td.. Klu guna sand, letakan sedikit rumput kering juga.. 
3. Sebaiknya, buat permulaan, kecilkan kawasan arnab bermain dalam rumah dengan menggunakan pagar plastik@jaring sehingga dia biasa dengan bekas td. Klu dia dah pandai buang dalam bekas tu, bolehla buka pagar td..
4. Arnab akan automatik kecing dan buang najis ditempat yg sama sebab mereka boleh tau tmpt tu melalui bau..

Ni sebagai maklumat tambahan..

Bila arnab dah pandai buang dalam bekas tu, kita mesti la puji dia, usap2 dia dan bagi hadiah kat dia mcm carrot ke.. Hihihi.. Haiwan juga perlukan kasih sayang tau! Nnt dia suka la kat kita dan pandai buang dalam tu sbb dpt kasih sayang.. =)

Klu dia xbuang kat dalam bekas tu, tp dia buang kat tempat lain, kita alihkan bekas tu kat tempat dia selalu buang.. Petua yang mujarab adalah, ambil sedikit najis dia yang masih segar bugar gitu, letak dalam bekas najis dia.. =) 

Yang terbaik adalah, kita latih sejak kecil! =) Mcm arnab kami.. hihihihi... manja sgt2!


 Selamat Mencuba! =)

Sunday 15 July 2012

Jom Kenali Arnab

Hehehehe...patutnya, semua orang kenal arnab dulu, baru bela arnab.. ni tentang arnab! Kenapa arnab menarik? huhuhuhu...


Saturday 14 July 2012

Netherland Dwarf Kami! dan Panda!

Baka ni la yg paling susah nk cari kat Kelantan ni.. Mahal! Exotic! Very Rare! Netherland Dwarf! :-) Kami ada 2 ekor betina diberi nama Caca dan Cici,dan seekor jantan namanya Bonzai, panda pula adalah betina, namanya Orkid.. Semua sebaya dengan anak-anak Comel...

'Saya Bonzai!"
'Saya Orkid.."
'Saya Cici"
"Dan saya Caca!!' =)

Arnab Rex Kami!

Alhamdulillah.. dpt jg rex akhirnya... ni la dia.. sepasang rex! tp yg betina x boleh kahwin lagi... :-)
Yg jantan ni, namanya Tam! yg betina pula namanya Miko!


Ni Tam, mmg ssh nk ambl gmbr..suka lari2.. =)
Miko; 3 bulan
Ni Miko.. Mmg berbeza dengan Tam, pemalu... =) Pandai ambil gambar...
Tam; 8 bulan

Harga Arnab Kami

Salam kepada semua.. Terima kasih kepada semua pembeli arnab kami kerana memilih arnab kami sebagai pet anda.. Kami akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada anda semua dan memastikan arnab kami adalah yang terbaik melalui selective breeding dan feed control.. Jaminan kami juga adalah untuk memberikan harga yang terbaik kepada pembeli arnab bagi memastikan semua orang mampu memilikinya.. Datanglah ke Rumah Arnab Kami untuk melihat dan memilih arnab kesayangan anda di Tanah Merah.

Arnab Tanah Merah: Bandingkan harga kami.. 



Harga arnab kami adalah lebih murah dan berseuaian dengan kemampuan pelanggan.. Harga boleh dirunding.. Datanglah sendiri untuk melihatnya.. Jmp nnt.. =)

Cara Memegang dan Mengenal Jantina Arnab

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dh hmpr 2minggu x update blog.. Maklumlah, koleksi arnab dah bertambah dari jenis Netherland Dwarf dan Rex. Susah payah mencari, akhirnya dpt jg.. Alhamdulillah.. Nnt kami kongsikan dlm next post.. Next, nk cari breed Siamise pula. =)

Semasa membeli arnab, ramai nk tahu jantina.. Jantina ni penting, kadang2, peniaga tu tipu kita.. Dia akan bagi yg sama jantina untuk habiskan stock dia.. bahaya betul.. Jadi, kami nk kongsi cara-cara melihat jantina arnab..

Sebelum nk lihat jantina, kita kena tahu cara nk pegang arnab.. Jom tgk video ni..
OKay! sekarang dh tau cara nk pegang dengan betul.. Arnab ni akan mencakar dengan kaki belakang dan meronta untuk lepaskan diri.. Kita pun boleh kena cakar.. So, hati-hatilah semasa memegang arnab..ikut cara yang betul.. Cuba kita bayangkan kita yang jadi arnab tu.. Klu orang tarik telinga, mst sakit kan? Klu org tarik kulit kita, lagi la sakit! =) Lepas tu, jom tgk video ni pula.. cara nk tgk jantina arnab tu..
Ni adalah cara nk kenal pasti jantina arnab..
Biasanya jantan berbentuk bulat, betina berbentuk belahan menegak..

Cuba lihat bulatan di penis.. Ini adalah jantan..

Cuba lihat belahan menegak di vagina.. Ini pula betina..

Jantina arnab dibawah usia 2 bulan sukar untuk dilihat, tetapi jika sudah biasa, mudahla nk melihatnya.. =) Jadi berlatih la selalu...

Selain itu, cara diatas juga boleh membantu kita menentukan jantina arnab melalui pandangan kasar dengan melihat struktur badannya.. Kepala jantan biasanya lebih besar dari betina.. Tetapi, ini sukar untuk menetukan bagi arnab berbulu lebat seperti Teddy..

Itu sahaja untuk kali ini.. Selamat beramal!! hihihi...

Friday 6 July 2012

Babies day out!

Hari ni, kami bawa comel dan anaknya keluar dari sangkar! huhuhu.. sume babies baru kali pertama turun ke tanah tp dh nakal! smp ada yg tersepit! hahaha... tgk ye.. :-) msg2 baru umur sebulan...


"saya baru keluar dari bakul ni... ' =)




"Tolong saya cik ayu!!!!!!!!!"




"Terima kasih..... =)"

Arnab bunting, sarang dan beranak..

Setelah palpation didapati +, sekitar hari ke 28, 29 dan 30, arnab akan mula membuat sarang.. kami gemar meletakkan rumput kering ad lib (berlebihan) kerana mereka akan menggunakannya untuk membuat sarang..mereka akan menyusun rumput menggunakan mulut dan mencabut bulu.. itu adalah tanda awal arnab akan bersalin, segera masukkan bakul plastik@kayu sesuai dgn saiz arnab..
Arnab tak buat sarang dalam bekas?
Sesetengah arnab mgkn xbt sangkar dlm bekas yg disediakan, mereka akan membuat sarang di penjuru sangkar.. ini adalah normal tetapi awas, arnab yg sebegini, lebih sensitif, mereka perlukan lebih privacy.. sediakan bekas kayu@kotak yg bertutup spy arnab itu dapat beranak didalam tempat yg gelap didalam kotak itu.. Arnab ini juga xmahu anak mereka diusik, klu x, jd la seperti Gora, kami terusik anaknya, lalu dia xmahu menyusu anaknya walaupun kami dah sebatikan bau tgn kami pd anak dan Gora cara mengusap hidungnya.. sesetengah arnab benarkan kita menyentuhnya, tapi lebih baik jangan.. Jadi, saranan kami, sediakan kotak dan beri rumput dalam kuantiti yang banyak!
Semasa beranak, jangan ganggu.. Jika ingin melihat, pastikan kehadiran anda tidak disedari.. Selepas beranak, biarkan anak arnab disarang yg telah dibuat ibunya, jgn sesekali pindah, jika tidak, ibu arnab akan membuat sarangnya semula ditempat asal dan menyukarkan ibu untuk mencari anak yang dialih untuk penyusuan.. naluri arnab menyebabkan mereka untuk bersarang ditempat yang selamat.. anak arnab boleh la dialih selepas mereka menyusu dan dikesan jika didapati perut mereka kembung hampir meletop! hehehhee... Pengalaman kami, pada mulanya, kami alihkan anak Koko dan Orange yg dilahirkan di luar bekas, tetapi mereka cari semula anak merekq dan bina semula sarang ditempat asal.. tp, alternatif kami, kami letak rumput dgn banyak supaya anak arnab dapat tidur dengan selesa.. :-)



Anak Koko tengah tido dalam bekas alas pasu.. Koko xbuat sarang dalam bekas yang kami sediakan..

Anak orange dalam bulatan sarang.. serupa macam Koko, kami biarkan anaknya ditempat sarang dibuat, cuma tambah rumput disekeliling untuk lindung babies..

Ni lepas menyusu, perut besar sgt!!!!

Orange dan anak2nya... =)

Pemakanan Arnab

Kali ini, kami ingin berkongsi tentang pemakan arnab dari peringkat dewasa, sehingga peringkat dewasa..:-)
Anak Arnab
Makanan utama mereka adalah susu ibu arnab dari saat mereka lahir, sehinggalah berusia 3 minggu.. pastikan setiap hari mereka kenyang dan disusui.. jika tidak, gunakanlah penyusuaan manual..
Setelah memasuki usia 3 minggu, boleh la diberi palet, disediakan air dalam bekas kecil dan rumput..nmereka akan mula belajar makan dan minum.. :-) Ingat, jangan pisahakn dari ibunya sehingga anak benar-benar pandai makan dan minum iaitu sekitar usia 1 bulan setengah.. :-)

 Arnab Remaja dan Dewasa
Arnab yang berusia 2bulan ke atas, boleh la dilayan seperti arnab dewasa.. yang terbaik adalah 70% rumput dgn 30% pallet tetapi dibenarkan untuk 80% pallet dan 20% rumput.. Rumput amat penting kerana arnab adalah pseudoruminant, rumput, fibre penting bagi sistem penghadam arnab untuk kekal aktif.. jika tidak, bloating mungkin berlaku dan arnab akan KO dalam masa sehari dua..exercise arnab juga penting, pastikan arnab memiliki ruang untuk berlari atau bergerak bebas untuk elakkan obesiti dan bloating.. sekali sekala, bawalah berjalan dan lepaskan diatas tanah untuk mereka berlari..
Supplement Arnab
Kami memberi pro-limo, cecair yg dicampur didalam minuman yang mengandungi nutrinets seperti vitamins dan minerals..carilah supplement di Vet's Clinic, jgn beli di pet shop kerana banyak yang menipu..  supplement yang baik dibancuh sedikit sahaja dalam air yang banyak.. supllement penting kerana makanan yg kita beri tidak lengkap dan kandungan pellet tidak menentu dan pembuat pellet kebanyakkannya menipu tentang kandungan nutrient pellet mereka..



Arnab Bunting/Mengandung dan Menyusu
Pastikan mereka diberi 100% pallet dan ad lib rumput
..pallet banyak adalah untuk berikan tenaga untuk beranak dan menghasilkan susu..:-) rumput pula sebagai sarang dan makanan tambahan sekiranya arnab lapar dan memastikan sistem penghadaman arnab aktif..


Rumput
Semua jenis rumput yang diberikan kepada haiwan ternakan lain seperti lembu dan kambing boleh diberikan kepada arnab..sebaik2nya dikeringkan dengan angin, jgn jemur, kerana boleh mengurangkan kandungan nutrisi dan boleh diberi segar tetapi bukan pada waktu pagi untuk mengelak cacing..
rumput yang sering diberi adalah napier, rumput minyak dan rumput israel yang mudah didapati dan tinggi protein..yang sesuai untu diberi secara banyak adalah napier dan rumput minyak.. =)
Ingat, 3elemen penting dalam pemakanan arnab, pellet, rumput dan supplement.. :-)

Sunday 1 July 2012

Cara Arnab Mengawan

Pengalaman mnjg arnab semasa mengawan, bunting hingga la saat melahirkan anak mmg sgt berharga dan seronok! Bermula dari comel sehingga la Gora.. tidak terlepas juga pengalaman baby rabbit lahir pra-matang dan mati semuanya.. Pengalaman ni amat berharga...
Dlm post kali ini, kami ingin berkongsi tentang cara kami mengawankan arnab..


Kami dah cuba semua cara yg dicadangkan di blog2 dan JPV sendiri.. Hasilnya, kami temui cara sendiri untuk kahwinkan arnab, hasil gabungan pengalaman dan teknik2 yg telah digunakan sebelum ini..
a.Masukkan arnab jantan dan betina dlm kawasan yg luas, supaya arnab tersebut bebas bergerak..
b.Biarkan arnab selama 5 hari dan asingkan setelah 5 hari..
c. Hari ke 14 dan 20 lakukan pemeriksaan perut, palpation seperti dlm youtube.. jika rasa seperti banyak ketulan dibahagian abdomen, itu maknanya bunting.. bezakan antara bunting dan xbunting..

Kenapa teknik ini lain seperti yg dicadangkan?
- Haiwan akan mengawan bila betina tiba masa suburnya@on heat..si jantan mmg selalu nk mengawan.. jadi, kita akan lihat si jantan akan kejar betina dan jika xkena masanya, betina akan lari.. itu adalah normal.. betina akan menghasilkan pheromone, iaitu signal untuk mengawan.. hanya haiwan tahu bila, kita xtau.. jadi, klu kt gn cara 1dan 4, peluang untuk mengawan waktu subur tipis dan susah untuk pastikan arnab berjaya mengawan lalu bunting.. jadi, tmpt yg besar akan membolehkan arnab betina lari jika xbersedia bunting.. tp dlm 5 hari bersama tu, mst ada waktu arnab betina itu subur dan on heat dan mereka akan mngawan sendiri seperti di habitat asalnya..



Setakat ini, semua arnab betina kami berjaya bunting melalui cara kami dan berjaya melahirkan anak2 yg comel.. cara ini adalah yg paling mudah dan hampir sama seperti kehidupan asalnya di habitatnya..


Ini adalah tips bagi memastikan arnab berjaya mengawan, tp xsemestinya berjaya, palpation jg diperlukan..
boleh rujuk di  sayasukaarnab , dgn cara melihat kemaluan arnab betina, kita dpt tahu jika arnab mahu mengawan@x.. 


Cara-cara palpation pula.. sila rujuk: ARBA palpation..




Selamat mecuba! =) 
                  
             

Anak Arnab Si Gora Lahir dan Pergi

Pada 30/6/2012, Gora telah selamat melahirkan 3 ekor baby bunnies! Tahniah kpd Gora.. Alhamdulillah.. skrg ad 23 baby rabbit! huhuhu...
Tp, pd 3/7/2012, semua anak tela pergi.. Gora agak aggresif dan xmenyusukan anaknya..kami cuba menyusukan cara manual dgn memegang gora, tp gora xmahu.. kami syak, ini anak pertama gora..jd dia xbiasa dan rs xselesa.. xspt ibu arnab lain.. kami ingin mencuba susu artificial pula lepas ni.. xmau anak arnab mati pula lg.. kesian....