Saturday 21 July 2012

Arnab dalam Rumah: Melatih Arnab Seperti Kucing

Kita slalu tgk, kucing dilatih untuk buang najis dan kencing kat litter box.. Arnab pun boleh tau! Arnab pun mcm kucing, boleh dipelihara dalam rumah.. Ni caranya!! =)
1. Sediakan bekas@litter tray.. Masukkan absorber sand@clay (mcm yg digunakan untuk kucing, kat Pet Shop ada jual) atau pun rumput kering atau kertas lama yang dicarik (surat khabar senang busuk dan kotor, jadi xdigalakkan).. 
2.  Kenalkan arnab dengan bekas tersebut dgn meletakkannya dlm bekas tersebut dan biarkan dia mkn rumput kering td.. Klu guna sand, letakan sedikit rumput kering juga.. 
3. Sebaiknya, buat permulaan, kecilkan kawasan arnab bermain dalam rumah dengan menggunakan pagar plastik@jaring sehingga dia biasa dengan bekas td. Klu dia dah pandai buang dalam bekas tu, bolehla buka pagar td..
4. Arnab akan automatik kecing dan buang najis ditempat yg sama sebab mereka boleh tau tmpt tu melalui bau..

Ni sebagai maklumat tambahan..

Bila arnab dah pandai buang dalam bekas tu, kita mesti la puji dia, usap2 dia dan bagi hadiah kat dia mcm carrot ke.. Hihihi.. Haiwan juga perlukan kasih sayang tau! Nnt dia suka la kat kita dan pandai buang dalam tu sbb dpt kasih sayang.. =)

Klu dia xbuang kat dalam bekas tu, tp dia buang kat tempat lain, kita alihkan bekas tu kat tempat dia selalu buang.. Petua yang mujarab adalah, ambil sedikit najis dia yang masih segar bugar gitu, letak dalam bekas najis dia.. =) 

Yang terbaik adalah, kita latih sejak kecil! =) Mcm arnab kami.. hihihihi... manja sgt2!


 Selamat Mencuba! =)

No comments:

Post a Comment