Monday 24 September 2012

Masalah Gigi Arnab!

salam kepada semua.. Daha lama x post dlm blog ni.. Kebelakangan ni sibuk ckit.. Ramai customer nak arnab tp stock xde.. minta maaf la ye.. Nnt kami pastikan stock arnab ada setiap bulan! =) Insyallah...


Baiklah, post kali ini tentang penjagaan gigi arnab.. Baru-baru ni, si Kiko kami, baru lahirkan 2 ekor anak teddy bear.. Alhamdulillah.. catik sangat2...sekor warna putih, sekor lg ad 3 warna... =) tp masalahnya, gigi dia mula menjadi taring! haaa... bila dah jd gitu, susah la nk makan.. Bila susah nk makan, lama2 jadi kurus dan boleh mati tau.. 

Malocclusion

Pengenalan

So, pasal gigi ni, mula-mula jom kita tgk gigi arnab yang sihat! =) 
Ni la gigi arnab yang sihat.. Cantik. tersusun dan sama rata.. 
Untuk makluman. gigi arnab ni akan tumbuh sepanjang tahun.. Jadi gigi xkan berhenti tumbuh.. Unik kan?
Jadi, ia adalah kebiasaan jika kita lihat arnab mengigit kayu atau pun benda2 lain sebab mereka nak asah gigi mereka supaya sentiasa pendek..

Masalah

Masalah bermula bila kita pelihara arnab dalam sangkar, lagi2 sangkar besi.. Arnab yang bebas, mudah mencari kayu atau objek seumpamanya untuk mengasah gigi mereka.. Tetapi arnab yang dikurung dalam rumah atau sangkar, sukar nk cari pengasah gigi mereka.. Mereka cuma makan pellet sahaja ataupun sayur-sayuran yang diberi.. Sayur seperti lobak dan pellet boleh mengasah gigi mereka tetapi sedikit sahaja asahannya.. Kita akan lihat pellet arnab kadang-kadang habis, kadang-kadang tinggal serbuk sahaja.. Haaa.. bila ad serbuk sahaja dalam bekas makanan arnab kita dalam kuantiti yang banyak, maknanya, arnab cuma gigit pellet untuk asah gigi, bukan untuk makan! Rugi bukan? Pellet pun mahal sekarang..

Penyelesaian

Jika gigi sudah terlanjur panjang, maka bawalah berjumpa vet atau trim sendiri pun boleh tapi berisiko ckit... hhehehe... =)
kalau bawa ke vet, doc akan buatkan.. masa tu, kita perhatikan dia buat mcm mn dan tanya nasihat.. nnt kita blh elakkan masalah yang sama berulang..

Tapi mesti ramai nk cara kedua ni sebab nk jimat kan? Everything has its price... Buat sendiri, lagi besar la risikonya.. Kawan kami buat sampai tercabut atau patah gigi arnab tu.

Macam ni la cara nak atasi gigi arnab yang panjang tu...

Rawatan susulan..
Baiklah, selepas trimming, beri pellet kepada arnab dan sayur-sayuran berbatang lembut seperti sawi selama seminggu.. Ini untuk pastikan gigi arnab yang baru dipotong diasah perlahan-lahan dan untuk mengelakkan trauma pada arnab sebab gigi dah kena potong serta mengelakkan gigi arnab patah dan luka..

Pencegahan..
Akhir kalam, amalkan langkah pencegahan ini..

Diet:
 Berilah arnab makan napier berserta batangnya..kerana napier batangya tak terlalu keras atau lembut.. sesedap gigi disasah.. haaa..... mudah je kan.. beri seminggu sekali pun dah cukup.. arnab akan makan batang napier tu samapai habis sebab untuk asah giginya.. Kalau xjumpa napier, tgk la dlm blog ni.. kami ad post tentag pemakanan arnab..

Kalau dah cari, tapi dirumah anda xd napier, carila tebu.. hampas tebu pun boleh tp bg yang fresh je.. Letakkan dalam sangkar arnab anda.. Insyallah, masalah gigi tiada lagi..

Mainan:
 Klu xde juga tebu atau napier, letakla sesuatu yang arnab boleh gigit seperti kayu atau kayu dari pet shop.. Kalau xd juga, cari la gabus penutup botol tu.. mesti ad punya... 

Selamat mencuba! =)