Friday 6 July 2012

Pemakanan Arnab

Kali ini, kami ingin berkongsi tentang pemakan arnab dari peringkat dewasa, sehingga peringkat dewasa..:-)
Anak Arnab
Makanan utama mereka adalah susu ibu arnab dari saat mereka lahir, sehinggalah berusia 3 minggu.. pastikan setiap hari mereka kenyang dan disusui.. jika tidak, gunakanlah penyusuaan manual..
Setelah memasuki usia 3 minggu, boleh la diberi palet, disediakan air dalam bekas kecil dan rumput..nmereka akan mula belajar makan dan minum.. :-) Ingat, jangan pisahakn dari ibunya sehingga anak benar-benar pandai makan dan minum iaitu sekitar usia 1 bulan setengah.. :-)

 Arnab Remaja dan Dewasa
Arnab yang berusia 2bulan ke atas, boleh la dilayan seperti arnab dewasa.. yang terbaik adalah 70% rumput dgn 30% pallet tetapi dibenarkan untuk 80% pallet dan 20% rumput.. Rumput amat penting kerana arnab adalah pseudoruminant, rumput, fibre penting bagi sistem penghadam arnab untuk kekal aktif.. jika tidak, bloating mungkin berlaku dan arnab akan KO dalam masa sehari dua..exercise arnab juga penting, pastikan arnab memiliki ruang untuk berlari atau bergerak bebas untuk elakkan obesiti dan bloating.. sekali sekala, bawalah berjalan dan lepaskan diatas tanah untuk mereka berlari..
Supplement Arnab
Kami memberi pro-limo, cecair yg dicampur didalam minuman yang mengandungi nutrinets seperti vitamins dan minerals..carilah supplement di Vet's Clinic, jgn beli di pet shop kerana banyak yang menipu..  supplement yang baik dibancuh sedikit sahaja dalam air yang banyak.. supllement penting kerana makanan yg kita beri tidak lengkap dan kandungan pellet tidak menentu dan pembuat pellet kebanyakkannya menipu tentang kandungan nutrient pellet mereka..



Arnab Bunting/Mengandung dan Menyusu
Pastikan mereka diberi 100% pallet dan ad lib rumput
..pallet banyak adalah untuk berikan tenaga untuk beranak dan menghasilkan susu..:-) rumput pula sebagai sarang dan makanan tambahan sekiranya arnab lapar dan memastikan sistem penghadaman arnab aktif..


Rumput
Semua jenis rumput yang diberikan kepada haiwan ternakan lain seperti lembu dan kambing boleh diberikan kepada arnab..sebaik2nya dikeringkan dengan angin, jgn jemur, kerana boleh mengurangkan kandungan nutrisi dan boleh diberi segar tetapi bukan pada waktu pagi untuk mengelak cacing..
rumput yang sering diberi adalah napier, rumput minyak dan rumput israel yang mudah didapati dan tinggi protein..yang sesuai untu diberi secara banyak adalah napier dan rumput minyak.. =)
Ingat, 3elemen penting dalam pemakanan arnab, pellet, rumput dan supplement.. :-)

No comments:

Post a Comment