Saturday 14 July 2012

Cara Memegang dan Mengenal Jantina Arnab

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dh hmpr 2minggu x update blog.. Maklumlah, koleksi arnab dah bertambah dari jenis Netherland Dwarf dan Rex. Susah payah mencari, akhirnya dpt jg.. Alhamdulillah.. Nnt kami kongsikan dlm next post.. Next, nk cari breed Siamise pula. =)

Semasa membeli arnab, ramai nk tahu jantina.. Jantina ni penting, kadang2, peniaga tu tipu kita.. Dia akan bagi yg sama jantina untuk habiskan stock dia.. bahaya betul.. Jadi, kami nk kongsi cara-cara melihat jantina arnab..

Sebelum nk lihat jantina, kita kena tahu cara nk pegang arnab.. Jom tgk video ni..
OKay! sekarang dh tau cara nk pegang dengan betul.. Arnab ni akan mencakar dengan kaki belakang dan meronta untuk lepaskan diri.. Kita pun boleh kena cakar.. So, hati-hatilah semasa memegang arnab..ikut cara yang betul.. Cuba kita bayangkan kita yang jadi arnab tu.. Klu orang tarik telinga, mst sakit kan? Klu org tarik kulit kita, lagi la sakit! =) Lepas tu, jom tgk video ni pula.. cara nk tgk jantina arnab tu..
Ni adalah cara nk kenal pasti jantina arnab..
Biasanya jantan berbentuk bulat, betina berbentuk belahan menegak..

Cuba lihat bulatan di penis.. Ini adalah jantan..

Cuba lihat belahan menegak di vagina.. Ini pula betina..

Jantina arnab dibawah usia 2 bulan sukar untuk dilihat, tetapi jika sudah biasa, mudahla nk melihatnya.. =) Jadi berlatih la selalu...

Selain itu, cara diatas juga boleh membantu kita menentukan jantina arnab melalui pandangan kasar dengan melihat struktur badannya.. Kepala jantan biasanya lebih besar dari betina.. Tetapi, ini sukar untuk menetukan bagi arnab berbulu lebat seperti Teddy..

Itu sahaja untuk kali ini.. Selamat beramal!! hihihi...

1 comment: