Friday 6 July 2012

Arnab bunting, sarang dan beranak..

Setelah palpation didapati +, sekitar hari ke 28, 29 dan 30, arnab akan mula membuat sarang.. kami gemar meletakkan rumput kering ad lib (berlebihan) kerana mereka akan menggunakannya untuk membuat sarang..mereka akan menyusun rumput menggunakan mulut dan mencabut bulu.. itu adalah tanda awal arnab akan bersalin, segera masukkan bakul plastik@kayu sesuai dgn saiz arnab..
Arnab tak buat sarang dalam bekas?
Sesetengah arnab mgkn xbt sangkar dlm bekas yg disediakan, mereka akan membuat sarang di penjuru sangkar.. ini adalah normal tetapi awas, arnab yg sebegini, lebih sensitif, mereka perlukan lebih privacy.. sediakan bekas kayu@kotak yg bertutup spy arnab itu dapat beranak didalam tempat yg gelap didalam kotak itu.. Arnab ini juga xmahu anak mereka diusik, klu x, jd la seperti Gora, kami terusik anaknya, lalu dia xmahu menyusu anaknya walaupun kami dah sebatikan bau tgn kami pd anak dan Gora cara mengusap hidungnya.. sesetengah arnab benarkan kita menyentuhnya, tapi lebih baik jangan.. Jadi, saranan kami, sediakan kotak dan beri rumput dalam kuantiti yang banyak!
Semasa beranak, jangan ganggu.. Jika ingin melihat, pastikan kehadiran anda tidak disedari.. Selepas beranak, biarkan anak arnab disarang yg telah dibuat ibunya, jgn sesekali pindah, jika tidak, ibu arnab akan membuat sarangnya semula ditempat asal dan menyukarkan ibu untuk mencari anak yang dialih untuk penyusuan.. naluri arnab menyebabkan mereka untuk bersarang ditempat yang selamat.. anak arnab boleh la dialih selepas mereka menyusu dan dikesan jika didapati perut mereka kembung hampir meletop! hehehhee... Pengalaman kami, pada mulanya, kami alihkan anak Koko dan Orange yg dilahirkan di luar bekas, tetapi mereka cari semula anak merekq dan bina semula sarang ditempat asal.. tp, alternatif kami, kami letak rumput dgn banyak supaya anak arnab dapat tidur dengan selesa.. :-)



Anak Koko tengah tido dalam bekas alas pasu.. Koko xbuat sarang dalam bekas yang kami sediakan..

Anak orange dalam bulatan sarang.. serupa macam Koko, kami biarkan anaknya ditempat sarang dibuat, cuma tambah rumput disekeliling untuk lindung babies..

Ni lepas menyusu, perut besar sgt!!!!

Orange dan anak2nya... =)

1 comment:

  1. Blh x ajar saye macam mane nk jage anak arnab ???

    ReplyDelete