Sunday, 29 July 2012

Anak Arnab Untuk Dijual

Berminat boleh la book... Penghantaran disediakan... Harga sila rujuk post kami sblm ni...
Semuanya adalah anak kacukan Teddy Bear.. Jd bulunya lebat dan tebal... Sila la pilih... :-) Stock yg ada ni kebanyakkannya pattern mcm ni.. Sila nyatakan kod utk pattern ye..



Kod: A 
Color: White+Brown
Breed: Satin+Teddy
Kod: B
Color: Brown
Breed: satin+teddy
Kod: C
Color: Black+White+Gold
Breed: Lion+lop
(SOLD OUT)


Monday, 23 July 2012

Satu Keluarga Satu Haiwan @ One Family One Pet

Pada suatu petang yang panas dan lembab, sedang kami berguling-guling membaca surat khabar, terjumpa satu artikel tentang perlunya kanak-kanak memiliki haiwan sebagai teman.. =) Kenapa perlu? Penting ke? Haaa.... Baca ni!



Haiwan Juga Perlukan Kasih Sayang!
Haiwan mempunyai ingatan seperti manusia..
Mereka merasa, sensitif dan perlukan belaian..
Kasih sayang mempengaruhi perkembangan haiwan peliharaan..

Animal rights! @ Hak Haiwan!
  • Tempat Tinggal
  • Makanan dan minuman
  • Bebas dari penyakit dan kesakitan
  • Kasih sayang
  • Bebas melakukan sifat semula jadi
  • Bebas dari tekanan dan ketakutan
Let's Do Something for Our Pets....
We can make it better...



Saturday, 21 July 2012

Arnab dalam Rumah: Melatih Arnab Seperti Kucing

Kita slalu tgk, kucing dilatih untuk buang najis dan kencing kat litter box.. Arnab pun boleh tau! Arnab pun mcm kucing, boleh dipelihara dalam rumah.. Ni caranya!! =)
1. Sediakan bekas@litter tray.. Masukkan absorber sand@clay (mcm yg digunakan untuk kucing, kat Pet Shop ada jual) atau pun rumput kering atau kertas lama yang dicarik (surat khabar senang busuk dan kotor, jadi xdigalakkan).. 
2.  Kenalkan arnab dengan bekas tersebut dgn meletakkannya dlm bekas tersebut dan biarkan dia mkn rumput kering td.. Klu guna sand, letakan sedikit rumput kering juga.. 
3. Sebaiknya, buat permulaan, kecilkan kawasan arnab bermain dalam rumah dengan menggunakan pagar plastik@jaring sehingga dia biasa dengan bekas td. Klu dia dah pandai buang dalam bekas tu, bolehla buka pagar td..
4. Arnab akan automatik kecing dan buang najis ditempat yg sama sebab mereka boleh tau tmpt tu melalui bau..

Ni sebagai maklumat tambahan..

Bila arnab dah pandai buang dalam bekas tu, kita mesti la puji dia, usap2 dia dan bagi hadiah kat dia mcm carrot ke.. Hihihi.. Haiwan juga perlukan kasih sayang tau! Nnt dia suka la kat kita dan pandai buang dalam tu sbb dpt kasih sayang.. =)

Klu dia xbuang kat dalam bekas tu, tp dia buang kat tempat lain, kita alihkan bekas tu kat tempat dia selalu buang.. Petua yang mujarab adalah, ambil sedikit najis dia yang masih segar bugar gitu, letak dalam bekas najis dia.. =) 

Yang terbaik adalah, kita latih sejak kecil! =) Mcm arnab kami.. hihihihi... manja sgt2!


 Selamat Mencuba! =)