Monday, 24 September 2012

Masalah Gigi Arnab!

salam kepada semua.. Daha lama x post dlm blog ni.. Kebelakangan ni sibuk ckit.. Ramai customer nak arnab tp stock xde.. minta maaf la ye.. Nnt kami pastikan stock arnab ada setiap bulan! =) Insyallah...


Baiklah, post kali ini tentang penjagaan gigi arnab.. Baru-baru ni, si Kiko kami, baru lahirkan 2 ekor anak teddy bear.. Alhamdulillah.. catik sangat2...sekor warna putih, sekor lg ad 3 warna... =) tp masalahnya, gigi dia mula menjadi taring! haaa... bila dah jd gitu, susah la nk makan.. Bila susah nk makan, lama2 jadi kurus dan boleh mati tau.. 

Malocclusion

Pengenalan

So, pasal gigi ni, mula-mula jom kita tgk gigi arnab yang sihat! =) 
Ni la gigi arnab yang sihat.. Cantik. tersusun dan sama rata.. 
Untuk makluman. gigi arnab ni akan tumbuh sepanjang tahun.. Jadi gigi xkan berhenti tumbuh.. Unik kan?
Jadi, ia adalah kebiasaan jika kita lihat arnab mengigit kayu atau pun benda2 lain sebab mereka nak asah gigi mereka supaya sentiasa pendek..

Masalah

Masalah bermula bila kita pelihara arnab dalam sangkar, lagi2 sangkar besi.. Arnab yang bebas, mudah mencari kayu atau objek seumpamanya untuk mengasah gigi mereka.. Tetapi arnab yang dikurung dalam rumah atau sangkar, sukar nk cari pengasah gigi mereka.. Mereka cuma makan pellet sahaja ataupun sayur-sayuran yang diberi.. Sayur seperti lobak dan pellet boleh mengasah gigi mereka tetapi sedikit sahaja asahannya.. Kita akan lihat pellet arnab kadang-kadang habis, kadang-kadang tinggal serbuk sahaja.. Haaa.. bila ad serbuk sahaja dalam bekas makanan arnab kita dalam kuantiti yang banyak, maknanya, arnab cuma gigit pellet untuk asah gigi, bukan untuk makan! Rugi bukan? Pellet pun mahal sekarang..

Penyelesaian

Jika gigi sudah terlanjur panjang, maka bawalah berjumpa vet atau trim sendiri pun boleh tapi berisiko ckit... hhehehe... =)
kalau bawa ke vet, doc akan buatkan.. masa tu, kita perhatikan dia buat mcm mn dan tanya nasihat.. nnt kita blh elakkan masalah yang sama berulang..

Tapi mesti ramai nk cara kedua ni sebab nk jimat kan? Everything has its price... Buat sendiri, lagi besar la risikonya.. Kawan kami buat sampai tercabut atau patah gigi arnab tu.

Macam ni la cara nak atasi gigi arnab yang panjang tu...

Rawatan susulan..
Baiklah, selepas trimming, beri pellet kepada arnab dan sayur-sayuran berbatang lembut seperti sawi selama seminggu.. Ini untuk pastikan gigi arnab yang baru dipotong diasah perlahan-lahan dan untuk mengelakkan trauma pada arnab sebab gigi dah kena potong serta mengelakkan gigi arnab patah dan luka..

Pencegahan..
Akhir kalam, amalkan langkah pencegahan ini..

Diet:
 Berilah arnab makan napier berserta batangnya..kerana napier batangya tak terlalu keras atau lembut.. sesedap gigi disasah.. haaa..... mudah je kan.. beri seminggu sekali pun dah cukup.. arnab akan makan batang napier tu samapai habis sebab untuk asah giginya.. Kalau xjumpa napier, tgk la dlm blog ni.. kami ad post tentag pemakanan arnab..

Kalau dah cari, tapi dirumah anda xd napier, carila tebu.. hampas tebu pun boleh tp bg yang fresh je.. Letakkan dalam sangkar arnab anda.. Insyallah, masalah gigi tiada lagi..

Mainan:
 Klu xde juga tebu atau napier, letakla sesuatu yang arnab boleh gigit seperti kayu atau kayu dari pet shop.. Kalau xd juga, cari la gabus penutup botol tu.. mesti ad punya... 

Selamat mencuba! =)








Friday, 17 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Selamat menyabut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan dan pembaca blog kami.. =)
Mohon maaf dari kami di RumahArnabKami... Terima kasih atas sokongan anda semua... =)

Thursday, 9 August 2012

Rabbit Litter Train (Latihan Tandas Arnab) : Melatih Si Manja


Salam kepada semua pembaca.. Semoga di bulan Ramadhan ini, kita berlumba-lumba mengejar ganjaran pahala dan keberkatan yang disediakan kepada semua umat Islam oleh Allah yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani.. =) Setelah sekian lama menyepi... Kali ni, kami nk perkenalkan arnab terbaru dalam koleksi kami.. Sebenarnya ada banyak yg baru tambah dalam koleksi sejak sebulan lepas..cuma xsempat nak update..hehehhe.. sorry ye.. yg terbaru, ad 3 ekor anggora, 2 ekor mini rex dan paling special seekor mini lop ni.. Nama dia Manja...=)


Manja ni special ckit.. jd post skrg ni bnyk psl Manja.. Kami sedang latih dia untuk toilet train... hehehhe... kami xletak dalam sangkar, kami lepas dlm rumah je... Jom ikuti bagaimana Manja dilatih untuk beristinjak di dalam litter tray dia.. =) Tips kami adlah, latik arnab yang masih kecil lg ye... dh besar degil.. hihihi...

Hari 1
Mula-mula kami beli litter tray untuk manja..agak2 yg muat untuk saiz badan dia+bekas makanan+bekas minuman dia.. =) Beli bekas plastik yang ada jual kat supermarket je.. Murah dari petshop.tp pastikan bekas najis arnab ni dia blh masuk ye..
Jadi, hari pertama, kami letak bekas manja dalam sangkarnya.. Dlm bekas tu, kami letak bekas makanan dan minumannya... bagi dia biasakan diri dlm bekas tu dulu..

Hari 2
Hihihihi...sbb nk cepat, kami trs mskkn manja dalam rumah..kami lepaskan kat dapur je.. =) Biar dia main2 kat situ... kami xbagi makan dari pg smp petang..tujuannya biar dia cari mkn nnt.. knp? sbb bila dia lapar dan terjumpa makanan, dia akan igt tempat jmp makanan tu dan akan pegi tmpt tu untuk makan... jadi pada sebelah petangnya, kami letak la makanan dlm bekas manja td.. dia pny la letih smp terduduk dia..hahhahah...tp bila dh jmp mknn tu, kami pastikan dia msk dlm litter tray tu dan makan... Maka dia pun happy dan melompat2 la.. hihihi.. satu lg tips, melalui pemerhatian kami, arnab akan buang kat tmpt dia mkn tu.. jd kita mst pastikan dia mkn dlm litter tray tu..
Setelah dia tahu tempat mknnya, kami pun letak la litter sand (pasir untuk najis kucing tu, kat petshop ada jual) dalam litter tray si manja ni..mula2 dia xbiasa... lepas tu kami tinggalkan je dia..
Sebelah malamnya pula, lepas balik dinner, kami tgk dia dah pun berhadas besar dan kecil.. jadi bila kami nampak pasir dalam litter tray dia warna gelap tu, kami tau la dia dh kencing dlm tu.. dan ada la sedikit bebola hitam dalam dan sekeliling tray tu.. mknnya teori kami betulah... arnab akan berak dekat tempat dia makan.. dan latihan kami hampir berjaya! baru hari kedua! =) wwooohooooo!!!
Jadi latihan seterusnya adalah, kami kutip semua najis diluar tray tu dan masukkan dalam tray.. sbb arnab akan berak tempat yang ada bau najis atau kencing dia.. dan kemudian, kami bersihkan kawasan luar tray tu spy bau najis dia ada dlm tray je.. jd dia akan buang kat tempat yg ada bau najis dia je.. =) so kencing dia dh pandai... cuma tinggal buang najis je yang 60% belum berjaya lg...
So far, kami biar Manja main dalam rumah, sampai ruang tamu dan bila kami kejar, dia pandai lari balik ke litter tray dia.. jd dia dah tahu kat  mana tempat dia buang dan makan! huhuhu.. alhamdulillah... nntkn apa berlaku seterusnya... kita tgk esok... =)


Hari 3
Fuuhhh...bgn pagi, tgk penuh dapur dgn najis dia... si manja ni....mmg la...hahahhaha..nampaknya, bnyk keje erlu dibuat lagi... hari 3 ni, dia dah pandai balik ke tempat makan time makan( tmpt litter tray dia).. huhuhu... tp mslhnya, dia akan buang beberapa biji najis dia kat tempat dia suka lepak..mgkn sbgai tanda... apapun, kita akan teruskan lg nnt.. mgkn jg sbbkn litter sand bau wangi, dia xdpt hidu tmpt dia buang.. tp peliknya, xnmpk pula dia kencing tmpt lain selain kat tray dia.. hmmm..... kn trskn latihan spt biasa..tgk sehari dua lg..

Hari 5
Emmmm... dia berak tmpt lain lg.. mgkn xpyh letak pasir kot..sbb bau pasir tu wangi, dia xdpt detect bau kencing n najis dia.. maybe... kita test tanpa pasir pula... =)